"Selamat Datang"

Siapalah kita kalau bukan kerana-Nya, hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jadi tak kira apa yang kita buat, lakukan dengan gembira. Just enjoy urself.
Tidak terlambat untuk kita lakukan sesuatu, terutama ada dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Jadi lakukanlah dengan hati yang berbunga dan bersemangat! ;)

Jumaat, 28 Disember 2012

Strawberry Pavlova

Strawberry Pavlova

Ingredients:

6 eggs white
Pinch of cream tartar
1 ½ cups caster sugar
Whipped cream, for serving
1 punnet strawberries, hulled for serving

Method:

0. Preheat oven to 120 C.
1. Using Aerating/Whipping setting, beat egg whites and cream of tartar until stiff peaks form.
2. Gradually add sugar, beating well after each addition. Continue beating until meringue is smooth, thick and glossy.
3. Draw a 25cm circle onto baking paper and place onto baking tray.
4. Spread pavlova mixture onto circle, keeping the shape round and even.
5. Bake for 1 - 1.5 hours. Once cooked turn the oven off, open oven door slightly and allow the pavlova to cool in the oven.
6. When cool, carefully slide the pavlova from the baking paper onto a serving plate. Decorate with whipped cream and fresh strawberries.

ps: exchange strawberry to chocolate & u can make chocolate pavlova with use some method or other fruit u want ^ ^

Selasa, 27 November 2012

Aku, Nyamuk & Teman

Aku hanya seorang insan yang lemah
Hingga sanggup melukakan hati orang yang tersayang
Terlalu lemah hingga sanggup terfikir untuk merosakkan diri sendiri
Dengan parine knife yang entah tajam atau tumpul
Bermain ditangan menuggu jawapan soalan hati
Kegelapan semakin menghitam sampaikan pelita yang menyuluh jalan tidak dapat aku kesan untuk kembali
Tangisan sudah tidak dapat melembutkan hati
Derhakalah diri ini..

Telefon disebelah dipandang lama
Diambil dan menaip sang sajak tentang diri
Dengan wajah yang sayu menekan butang sent buat sang teman
Telefon kembali diletak disisi..

Pisau ditangan cantik dilihat
Bersinar dibawah imbasan lampu
Menguis-nguis pergelengan tangan
Mencucuk-cucuk pengkal lengan
Tawa kecil muncul tiba-tiba
Mentertawakan diri sendiri
Namun hati yang kecewa melebihi akal yang berfikir
Menurut kata hati bakal hancurlah diri ini..

Pisau diacu ke wajah, diturunkan ke leher
kemudian diturunkan kembali ke perut
Pegangan makin kemas bertaut
Tajam pisau yang menggigit kulit dibiarkan tiada perasaan
Tangan dijarak kembali untuk memberi daya tolakan
dan..
Pap!
Kling!
Kini pisau sudah terjatuh di atas lantai simen
Dan tangan pula..
Menggaru-garu tempat gigitan nyamuk
Kegatalan!
dan kesakitan yang tidak seberapa akibat gigitan seekor nyamuk
buatkan diri ini kelu
Dalam diam fikiran menghitung
Andai  gigitan nyamuk udah aku tidak bisa menahan kesakitanya
Bagaimana aku dapat menahan balasan seksaan Allah swt selepas ini
Air mata mula bergenangan dan menitis
Melihat betapa jahil diri ini
Hingga terlupa betapa luasnya nikmat yang telah diberikan-Nya sebelum ini
Hanya kerana keegoan diri yang membuta tuli
Bodohnya aku ini!

Semalaman...
Panggilan dari sang teman yang jauh dimata
Menanya khabar berita
Habis terbuka rahsia dijiwa
Ternyata diri ini bukan aktor terunggul
Dengan nada yang lembut
Diiringi lawak jenaka
Aku tahu teman ini cuba menghiburkan duka
Sambil disulami nasihat berguna
"Allah masih sayangkan kau" katanya
dan kemudian berbicara tentang hidayah
Dan ditutupi dengan sebuah puisi khas darinya...

"Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazaman
Bara Keramat Doa dan Harapan

Kau Melangkah  Bermula Dari Lembah Kegelapan"
Kau Mendaki Setangga ke Setangga
Semakin hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Di Hati
Kesepianlah Teman Nan Sejati
Didalamnya Kau mengenali Diri
Tenang Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini Tuhan-lah Maha Esa"
-SFA

dan selepas menerima pesanan itu
Aku hanya mampu tersenyum mengaitkan apa yang dilalui teman itu sebelum ini
Betapa tabahnya kau Teman!

Sabtu, 17 November 2012

Cream of Mushroom Soup


Cream of mushroom soup

2 bj bawang besar - potong halus
1 btg carrot - potong kecil/dadu
1 btg celery - buang lapisan kulit - dipotong kecil
1 btg leek - dipotong kecil/halus
3 tbsp butter
200 g cendawan (cendawan butang, tiram, shiitake etc, boleh gunakan pelbagai jenis cendawan untuk masak mushroom soup) - potong nipis
 stok ayam / air
2 tbsp tepung gandum
chicken stock powder
2 helai bay leave
1/4 tsp oregano
1/4 tsp thyme
1-2 senduk cooking cream
lada sulah

1. Panaskan periuk. Dengan gunakan api sederhana, masukkan butter dan biarkan cair.
2. Masukkan bawang besar, leek dan celery. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cendawan dan tumis sampai cendawan jadi lembut dan keluar jus.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Kalau terlupa masukkan pada step ini, gunakan roux pada step ke 6.
5. Masukkan chicken stok (air rebusan ayam). Kacau sebati agar tidak berketul. Kalau tiada air rebusan ayam @ chicken stok, boleh gantikan dengan air biasa.  (langkah boleh lihat di cream of carrot soup)
6.Masukkan bay leave, oregano dan thyme.
7. Masak hingga semua bahan jadi lembut. Tutp api dan biarkan sejuk sebentar.
8.  Masukkan dalam blender/pengisar. Buang daun bay sebelum dikisar halus. Blender hingga semua bahan pepejal jadi hancur.
9. Bila selesai diblender, Masukkan kembali dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
10. Masukkan cooking cream dan kacau sebati.
11. Masukkan stok ayam @ chicken stock powder kalau rasa soup tidak power. Kalau gunakan chicken stock powder, pastikan berhati-hati bila menggunakan garam kerana chicken stock powder sudah mempunyai rasa masin.
12. Masukkan lada sulah (ikut rasa)
13.Sesuaikan rasa. Kalau rasa kurang lemak, boleh masukkan lagi cream.
14. Kalau soup terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam (stok ayam) atau boleh juga guna air biasa.Tapi pastikan sesuaikan rasa agar idak terlalu tawar atau masin.
15. Masukkan dalam mangkuk dan hiaskan dengan cooking/whipping cream dan  Bread crouton


Bread Crouton


Inilah resipi bread crouton yang aha sebut dalam hidangan soup. Sesuai unuk dimakan bersama soup. Yummy :)

Bread Crouton

Bahan:
Roti
Butter

Cara:
1. Buang kulit roti
2. Potong dadu roti.
3. Panaskan pan. Masukkan butter dan biarkan cair.
4. Masukkan roti yang dipotong dadu dan saute hingga jadi crispy dan  brown color.


Roux


Roux - tujuan roux adalah sebagai agen pemekat

Butter
Tepung gandum

1. Panaskan pan/kuali
2. Masukkan butter dan biarkan cair.
3. Masukkan tepung gandum.Pastikan tepung gandum dilebihkan bayak daripada
4. Kacau sebati sampai jadi pekat dengan menggunakan wire whisk.
5. Sedia untuk digunakan.

Cream of Carrot Soup





Cream of Carrot Soup

2 bj bawang besar - potong halus
4 btg carrot - potong kecil/dadu
2 btg celery - buang lapisan kulit - dipotong kecil
1 btg leek - dipotong kecil/halus
3 tbsp butter
2 bj ubi kentang - potong dadu
Stok ayam / air
2 tbsp tepung gandum
chicken stock powder
2 helai bay leave (dikenali juga sbg daun salam)
1/3 tsp thyme
1-2 senduk cooking cream
lada sulah

Cara:
1. Panaskan periuk. Dengan gunakan api sederhana, masukkan butter dan biarkan cair.
2. Masukkan bawang besar, leek dan celery. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan carrot dan tepung gandum dan kacau sekata. Tujuan tepung gandum ini adalah untuk pekatkan soup.
4. Masukkan ubi kentang dan tumis. Selain tepung gandum, ubi kentang selain penambah rasa, juga sebagai agen pemekat untuk pekatkan soup.
5. Masukkan chicken stok/ air. Kacau sebati agar tidak berketul.
6. Masukkan bay leave, basil, thyme. (Untuk yang masukkan air menggantikan stok ayam,  masukan chicken stock powder)
7. Bila carrot lembut, tutup api.Sejukkan sebentar. Buang daun bay.
8. Masukkan dalam blender/pengisar. Blender hingga semua bahan pepejal jadi hancur.
9. Bila selesai semua bahan yang dimasak dikisar hingga jadi puree, Masukkan kembali dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
10. Masukkan cooking cream dan kacau sebati.
11. Masukkan stok ayam @ chicken stock powder kalau rasa soup tidak power. Kalau gunakan chicken stock powder, pastikan berhati-hati bila menggunakan garam kerana chicken stock powder sudah mempunyai rasa masin.
12. Masukkan lada sulah (ikut rasa)
13. Sesuaikan rasa. Kalau rasa kurang lemak, boleh masukkan lagi cream.
14. Kalau soup terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam (stok ayam) atau boleh juga guna air biasa.Tapi pastikan sesuaikan rasa agar idak terlalu tawar atau masin.
15. Untuk hiasan, boleh letakkan sedikit coking cream diatas soup dan taburkan sedikit bread crouton. Sedia untuk dinikmati.

Tips 1:
Jika pembaca ada yang terlupa memasukkan tepung gandum mengikut step (langkah), jangan terus masukkan tepung gandum dalam langkah yang seterusnya kerana ini akan menyebabkan soup jadi berketul. Gunakan roux putih dan pukul dengan wire whisk / pemukul telur didalam soup.

Tips 2:
Cara yang sama untuk masak cream of potato soup.
Cuma jangan masukkan carrot dan lebihkan potato (ubi kentang) 7-8 biji

Stok / Air rebusan

Aha akan ceritakan serba sikit tentang stok atau juga dikenali sebagai air rebusan. Untuk pengetahuan, stok adalah bahan asas permulaan bagi semua jenis sup dan sos. Kiranya stok ni boleh dikatakan sebagai cecair yang jernih dan diperkayakan dengan bahan-bahan terlaru daripada pati daging, ayam, ikan dan sayuran-sayuran.

Dibawah ini adalah bahan-bahan unuk membuat stok secara am.
1. Tulang
- bahan utama untuk buat stok kerana mengandungi kandungan gelatin yang tinggi yang memberi rasa kepada stok
- stok putih dihasilkan daripada tulang ikan atau tulang ayam
- stok perang dihasilkan daripada tulang lembu atau tulang anak lembu, tulang kambing yang mana semua tulang ini akan diperangkan terlebih dahulu.
- tulang lembu yang baik adalah daripada lembu muda selain bahagian belakang, tengkuk dan shank disebabkan kandungan kolagennya yang tinggi. Selalunya tulang-tulang ini akan dipotong 8-10 cm supaya perisa dapat dikeluarkan dengan cepat.
- tulang ayam mengambil masa yang pendek daripada tulang lembu. Bahagian tulang yang baik untuk stok  adalah daripada bahagian tengkuk dan belakang tapi kalau nak guna tulang kerangka sepenuhnya juga baik digunakan untuk memudahkan pengendalian.
- stok ikan pula dihasilkan daripada tulang ikan yang selalunya menggunakan jenis ikan putih yang lebih baik daripada jenis ikan berlemak seperti ikan una kerana ikan jenis berlemak mempunyai rasa ikan yang kuat. Tulang-tulang akan dipotong kecil dan dicuci terlebih dahulu untuk mengeluarkan lebihan darah, sisik dan kotoran lain.
2. Daging
-Daging juga boleh digunakan terutama yang mempunyai banyak tisu perantara (urat)
3. Mirepoix  (sebutan mire-poa, dari bahasa france)
- adalah isilah yang digunakan untuk kombinasi bawang besar, lobak merah, celery dan leek.
- merupakan perasa asas kepada sok malah kepada hidangan-hidangan lain (terutama barat)
- nisbah bahan-bahan dalam mirepoix ialah 2 (bawang besar) : 1 (lobak merah) : 1 (celery) : 1 (leek)
- Mirepoix putih adalah tanpa lobak merah dan digunakan untuk penyediaan sok putih
4. Produk berasid
Fungsi utama bahan berasid adalah untuk melarutlkan tisu dan contoh bahan berasid yang digunakan adalah produk tomato yang digunakan dalam penyediaan stok perang, manakala lemon digunakan dalam stok ikan.
Walaupun begitu, tomato tidak digunakn untuk stok putih kerana ia boleh menyebabkan stok menjadi kelabu.
5. Perasa dan herba/rempah ratus
- garam selalunya tidak dimasukkan ke dalam stok kerana stok adalah bahan asas kepada sup ataupun sos dan ia tidak digunakan secara sendirian tetapi digunakan setelah direndidihkan sehingga pekat dan dicampur dengan bahan lain. Oleh itu kalau masukkan garam, sup dan sos berkemungkinan akan menjadi terlalu masin kerana sup dan sos perlu direndidihkan sehingga mencapai kepekatan yang diperlukan.
- herba dan rempah ratus digunakan dalam jumlah yang sedikit sahaja untuk mengelakkan ia mendominasi rasa stok. Bahan-bahan yang sering digunakan ialah daun bay (bay leave), thyme, batang pasli (parsley), bawang putih dan lada hitam.

Stok Ayam

Bahan:
Ayam (bahagian tulang, kepak, kaki, leher yang masih baru dan segar. bahagian tulang yang berisi pun boleh masuk juga)
Mirepoix (bawang besar, leek, celery dengan nisbah 2 : 1 : 1)
Herba - (bay leave, thyme, parsley)
Air

Cara:
1. Bersihkan tulnhg, kepak, leher, kaki, etc. Pastikan tiada lemak
2. Bersihkan dan potong besar bahan-bahan mirepoix.
3. Masukkan ayam dalam periuk bersama-sama 2 1/2 - 3 liter air dan biarkan mendidih.
4. Kecilkan api dn biarkan merenih untuk elakkan sok daripada jadi kelabu. Keluarkan lemak, buih dan keledak yang timbul dengan guna skimmer.
5. Selepas 1 -2 jam, masukkan mirepoix dan herba. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1 jam.
6. Tapis stok menggunakan kain muslin. Kalau tiada, boleh gunakan 2 penapis untuk menapis stok. Sekiranya ada lemak pada stok, keluarkan lemak tersebut.


Tips:
- cara yang sama untuk buat stok ikan, cuma gantikan ayam dengan ikan dan masukkan jus lemon
- untuk buat stok perang, gantikan ayam dengan tulang lembu yang telah dibakar dalam oven hingga keperangan, masukkan bahan mirepoix (bawang besar, celey, leek & lobak merah dengan nisbah 2 : 1 : 1 : 1) dan lain ikut cara yang sama dengan stok ikan.

Rabu, 14 November 2012

Kecil hati?

Aha ada baca ttg something yg boleh dijadikan pengajaran dari rakan fb aha iatu tika.. cuz perkara ini kekadang @ selalu juga berlaku pada diri aha dan juga mungkin para pembaca...




Berkecil Hati...

"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu." 

huhu kita amek iktibar sama2 jom...

maksudnya :
Kenapa boleh jadi macam tu? Bukan kah orang yang menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Sebabnya, orang yang menghina tu
 penghinaannya adalah peringatan daripada Allah.

Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.

Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. "Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..." dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pulak akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia..." Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.

Kita, manusia yang tak perfect ni, pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak? *terasa sebenarnya*

Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So kesimpulannya, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat. Huhu...





Ulasan aha, berrfikiran positif atas sesuatu perkara, jalan terlalu memikirkannya dan mudahkanlah perkara yang boleh dipermudahkan agar jangan sampai terasa hati...
:)

Selasa, 13 November 2012

Uniq

Setiap manusia yang dilahirkan tidak ada yang sama dengan orang lain. Setiap individu ada ciri keindividuan tersendiri yang menjadikan diri mereka itu berbeza dengan orang lain. Dengan kata lain, unik!
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan ciri keunikan mereka, kerana mungkin berada dalam kabus yang menyeliputi diri hingga tidak sedar apakah kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri mereka sendiri. Terpelosok.. berdiam diri kerana rasa rendah diri tentang diri, ejekan orang lain dan sebagainya. Rasanya setiap orang yang dalam keadaan begitu ada sebab sendirinya.
Apa pun sikap yang negatif ini tidak harus diikuti. Tidak baik pada diri. Bersikaplah positif, nescaya dirimu kan tersenyum dalam menghadapi kehidupan ini. So, jangan terlalu serius, kadang-kadang sikaplah mudah dan tersenyumlah bukan sahaja pada orang lain tapi juga untuk diri sendiri 'kay.
 Haha, Aha dah jauh merepek dengan tajuk apa yang Aha tulis huhu. Hm, sebenarnya banyak yang Aha mahu tulis dan katakan, tapi yang Aha tulis lain pula apa yang difikirkan. Apa pun, ulasan Aha, "cerminlah diri" kita terutama bila kita down. Dikala itu kita akan dapat lihat diri kita jenis yang bagaimana.. Mudah mengalah? Tidak mengaku salah? Hanya menerima? Mengakui? etc..

Senyumlah walau banjir dihati... :)


Breakfast

Kali ini Aha kan kongsi resipi tentang breakfast ala barat hehe. Cuz breakfast sebenarnya amat penting untuk permulaan hari kita unuk memberi tenaga. So, jangan tinggalkannya taw ;)

Hm, dan tentang resipi kali ini, Aha tidak tulis berapa sukatannya. Sebab dah lupa huhu. So apa pun jangan risau. Sukaan tidak berapa penting kerana Aha pasti lidah pembaca sekalian lebih arif mana yang patut tambah kurang. Experient make ur life (like) adventure? Hoho ;)



French Toast

Bahan:
Telur
Garam
Lada sulah
Butter
Susu Segar/UHT

Roti  (gardenia ec)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali roti & pukul hingga sebati.
2. Ambil roti dan balik-balikkan dalam adunan.
3. Masak atas tempat gril @ frying pan hingga kuning keemasan.
4. Sedia unuk dihidangkan.



Omelette (mix)

Bahan A:
butter
bawang besar - potong dadu
cabai - potong nipis
cendawan - potong nipis
Isi ayam
capsicum/lada benggala - pelbagai warna & dipotong nipis / kiub

Bahan B: (campur semua dan pukul sebati)
2 biji telur
garam secukup rasa
1 @ 2 tbsp susu
lada sulah secukup rasa

Cara:
1. Panaskan pan. Masukkan butter dan biarkan cair.
2. Masuk dan tumiskan bawang besar, capsicum, cabai, cendawan & isi ayam. Tumiskan hingga isi ayam masak atau kekuningan.
3. Masukkan Bahan B yang telah dipukul sebati. Gerakkan frying pan agar telur kena rata pada pan.
4. Secara perlahan dengan gunakan senduk, tolak kebelakang telur hingga membentuk seperti bulan sabit.
5. Kalihkan secara perlahan agar telur tidak pecah atau terkoyak. Sedia untuk dinikmati.



Fruit Compote

Bahan:
syrup gula
kulit kayu manis - letak sdkt shj 1@2 btg
bunga lawang
kulit oren sunquicks - potong halus
buah-buahan - potong dadu
Cth: epal, oren, anggur, tembikai, pear dll

Cara:
1. Campurkan syrup gula, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & kulit oren sunquicks dan dimasak sekali.
2. Setelah syrup mendidih,tutup api.
3. Masukkan buah-buahan yang dipotong dadu.
4. Masukkan ketulan ais.


Rabu, 31 Oktober 2012

Syrup Caramel

So sekarang Aha pasti rakan-rakan dah tahu kan cara untuk buat Waffle & Pancake. Resipi yang Aha beri itulah adalah resipi yang asas dan sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk membuat masakan tersebut.
Jadi kali ini Aha akan berkongsi resepi untuk buat gula atau syrup caramel untuk dimakan @ dihidangkan bersama untuk waffle @ Pancake.  Resipi ini adalah asas bagi membuat syrup caramel yang berterbitan seperi blueberry syrup, strawberry, nenas, kiwi dll.

Syrup Caramel

Bahan:

Gula pasir (kuantiti ikut untuk buat banyak mana)
Air
Buah-buahan yang disukai. Contoh - strawberry + sdkt air (dikisar)
(terbaik adalah buah yang tidak begitu berbiji seperti strawberry, blueberry, oren
dan kalau ada biji, sila buang sebelum diblender kasar)

Cara:
1. Gula dimasak atas pan sampai jadi warna perang.
2. Masukan sedikit air dan kacau sebati.
3. Masukkan buah yang telah diblender kasar. Sebab Aha guna buah blueberry, Aha tidak kisarkan sebab kecil saja, jadi Aha masak bersama hingga buah blueberry jadi hancur.
4. Sesuaikan rasa. Kalau rasa kurang manis, boleh tambahkan gula.

Tips:
Asas yang sama untuk buat jem. Cuma masukkan tepung jagung sebagai roux @ agen pemekat untuk pekatkan sos atau jem. Selamat mencuba semua. :)

Pancake

Sebab hanya segelintir sahaja yang ada mesin wafer kat rumah untuk buat wafer, so Aha akan kongsi resipi untuk pancake. So peminat pancake selepas ini boleh cuba buat sendiri kat rumah ya cuz caranya sangat mudah. :)




Pancake

Bahan:
115 g     tepung gandum - diayak
1 tsp      soda bikarbonat
1 tsp      serbuk krim tartar
150 ml   fresh milk
1 biji      telur
25 g       butter
1 tbsp    gula
secubit garam

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar dan dikacau kering.
2. Masukkan fresh milk dan kacau sebati.
3. Masukkan telur dan kacau.
4. Masukkan butter dan kacau adunan jadi sekata.
5. Masukkan bahan perasa -  garam dan gula. Sesuaikan rasa.
6. Kacau sebati hingga dapat adunan yang bertekstur halus seperti roti jala.
8. Panaskan grill. Kalau tiada gril, boleh gunakan juga frying pan @ kuali leper.
9. Sapu sedikit minyak @ butter pada grill panas.
10. Dengan gunakan senduk, cedok adunan dan tuangkan ke atas grill panas.
11. Masak hingga dapat warna keperangan pada kedua-dua belah pancake.

Tips: untuk dapatkan pancake yang sama  saiz, pasikan guna senduk yang sama dengan kuantiti yang sama.
Untuk sos bagi pancake ini adalah blueberry sos. boleh lihat pada bahagian Syrup caramel http://withaha.blogspot.com/2012/10/syrup-caramel.html

Wafer

Rasanya hampir semua orang menikmati hidangan snek wafer bukan. Cam Aha, kalau gi mall, mesti singgah beli wafer kat sana... tapi kalau orang x ra tspmai la.. huhu. So kali ini Aha akan kongsi resepi wafer. So siapa yang ada mesin wafer kat rumah boleh buat sendiri kay ;)



Wafer

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 tbsp gula
1 1/4 tbsp soda bikarbonat
2 tbsp baking powder
1 cawan susu segar @ UHT milk
2 telur
6 tbsp butter yang dicairkan - panaskan butter atas kuali panas
garam secukup rasa

Cara:

Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Pastikan dapat adunan seperti roti jala.
Sapu mesin wafer dengan butter dengan guna berus pastry. Kemudian tuangkan adunan wafer.


Ps: gambar akn diupload kemudian cuz lupa dah letak pic dimana. Maaf (bow)

Ahad, 16 September 2012

American Cheese Cake

Baru-baru ni Aha cuba buat cheese cake. Nasib baik jadi. Rupanya mudah je nak buat kek ni. So teman-teman bolehlah cuba buat kat rumah ya :)

American Cheese Cake

Bahan A
250 g cream cheese (Aha guna jenama philadophia)
50 g custor sugar
2 bj kuning telur
100 g whiping cream
30 g tepung kek - diayak
15 g tepung jagung - diayak
1 tsp vanila esen
1 tsp perisa/jus lemon
sedikit parutan kulit lemon

Bahan B
2 biji putih telur
40 g custor sugar

Cara:
1. Bahan B dipukul dengan kelajuan tinggi sampai jadi putih dan keras. Biarkan sebentar.
2. Dengan gunakan mixer dan bekas lain,  cream cheese & gula castor dipukul sampai jadi gebu.
3. Masukkan kuning telur & whipping cream dan pukul sebati.
4. Masukkan esen vanila, jus/perisa lemon & sedikit parutan kulit lemon.
5. Masukkan tepung kek dan tepung jagung.
6. Masukkan Bahan B yang telah siap dipukul awal tadi dan kacau hingga sebati.
7. Griskan pembakar dengan paper cake.
8. Bakar guna kaedah double bowl dengan suhu 170 C dan masa selama 30 minit.


Base (Tapak cheese cake) - boleh buat kalau nak, tak buat pun tak apa
200 g biskut marie/koko - dihancurkan
20g castor sugar
100 g mentega - dicairkan

1. Kesemua bahan B dicampurkan dalam satu bekas dan gaul sampai sebati dimana tekstur jadi seakan melekat.
2. Griskan loyang. Masukkan Base yang sebati.
3. Kemudian masukkan adunan cheese cake.
4. Bakar guna kaedah double bowl selama 30 minit dan suhu 170 C.

bakar guna kaedah double bowl 
(macam cairkan coklat guna kaedah double bowl)




sebab 1st buat, base tak bape menjadi sebab Aha letak kurang majerin cair, so adunan untuk base jadi tak sebati. 

Sabtu, 1 September 2012

Pizza

Assalamuallaikum & salam sejahtera buat semua...  Apa khabar kalian? Aha harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping insan-insan tersayang anda. Hehe, kali ini Aha nak kongsi resipi pizza. Aha pasti ramai diluar sana yang suka makan pizza kan. Aha pun sama jua ^ ^ Sebelum ini Aha ingat susah sangat nak buat pizza, rupanya senang saja taw. Resipi ini kalau jadi, kerak pizza akan jadi macam pizza Domino... dan Aha buat tanpa guna mixer. Tapi kalau nak guna mixer pun terpulang lah, tapi pastikan guna pengaul untuk roti bukan untuk pastry untuk mengaul. Ahaks!


Bes Pizza buatan sendiri

150 g tepung serbaguna/tepung roti
3 g yis segera
5 g gula icing - diayak
2g garam
85 ml air
5 g mentega tanpa garam

*minyak (zaitun/kelapa/etc, plastik wrap

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali mentega dalam bowl dan dengan gunakan tangan untuk uli hingga jadi doh.
2. Ambil doh tersebut dan letakkan atas lantai marble yang bersih.
3. Dengan guna hujung telapak tangan, ambil mentega dan letak bersama adunan. Tekan dan uli doh berulang kali hingga doh jadi sebati & sekata (dalam 10 - 15 minit) yang nampak adunan jadi cantik dan tidak berketul.
4. Ambil sedikit minyak dan sapu pada doh yang telah dibentuk bulat.
5. Bungkus dengan plastik wrap dan tutup dengan kain lembab selama 45 minit. Adunan akan membesar 2x ganda pada tahap ini.
6. Adunan yang telah telah naik/kembang kemudian diuli balik untuk membuang angin. 
7. Potong doh kepada dua dan kemudian bentuk doh jadi bebola. (Aha potong kepada 3 kerana oven rumah Aha kecil)
8. Masukkan dalam plastik & tutup dengan kain lembab selama 10 minit untuk bagi doh kembang.
9. Ambil doh dan gelek jadi leper (panjang dalam 24 cm - untuk 2 adunan) (untuk ketuhar/oven kecil, agak saiz yang anda rasa oven ada boleh muat)
10. Tekan permukaan adunan doh yang leper dengan jari.
11. Griskan loyang & letak dalam loyang. Biarkan selama 10 minit sebelum masukkan intinya..


Sebenarnya untuk toping pizza, boleh masukkan apa sahaja benda yang anda sukai. Contohnya sosej, daging ayam/daging kisar, cendawan butang, nenas, mix vege, isi ketam, udang dan lain-lain lagi. Jadi Aha akan beri benda asas sahaja untuk toping dan benda lain kalian boleh masukkan sendiri ikut kesukaan.

Toping Pizza Sos Tomato

untuk seasoning pizza:
4 g garam
4 g lada hitam
25 g herba pasli

*1 tsp serbuk perisa pizza/pizza seasoning whole jenama Singlong - Aha gantikan seasoning segera pizza
120 g keju mozarella - Aha beli jenama Italiano
400 g daging/ayam kisar
sedikit pati tomato / tomato puree
nenas - dipotong kiub
sosej - dipotong 
cendawan butang - dipotong nipis

0. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius. 
1. Sapu pati tomato atas adunan doh yang telah direhatkan dalam loyang.  Biarkan rata atas doh.
2. Gaulkan daging/ayam kisar, sosej dengan serbuk perisa pizza dalam mangkuk jadi sebati.
3. Ambil adunan dalam mangkuk dan letakkan atas doh pizza yang telah dilapisi pati tomato. Sapu rata.
4. Susunkan nenas, cendawan dan apa saja inti kesukaan anda atas doh pizza.
5. Akhir sekali, sagat keju mozarella dan letakkan atas inti pizza.
6. Bakar pizza pada suhu 190 darjah celcius dalam masa 20-25 minit.

 

Selasa, 28 Ogos 2012

Kek Coklat Brownies

Syawal sudah hampir 2 minggu berlalu dan kini Aha yakin semua sudah kembali pada rutin kehidupan yang sederhana. Hmm, cepat sungguh masa berlalu, pejam celik kini kita hampir menyambut kemerdekaan ke 55 jumaat ini. Benarlah kata hadis, masa berlalu pantas dan mereka yang tidak menghargai masa adalah termasuk dalam kalangan mereka yang rugi.
Kali ini Aha nak kongsi resipi kek Brownies, yang Aha ubah sedikit dari resipi asal hehe. Sekarang Aha lebih suka buat kek ini berbanding dengan kek butter sebab bagi Aha lebih menjimatkan kerana barang untuk buat sebiji kek butter boleh dapat 2 biji kek brownies. Lagipun kacang almond yang Aha beli untuk buat Almond London ada banyak lebih, dan barang2 lain untuk buat kuih raya pun banyak juga yang lebihnya untuk buat beberpa biji kek lagi. Kek ini sekarang kek kegemaran adik Aha dan juga kek yang cepat habis sebab adik-adik Aha suka makan panas-panas bila baru keluar dari oven, katanya lagi sedap dan wangi... Jadi bila adik kata begitu, so Aha pun hmmm huhu. Ahaks!


Kek Brownies

Bahan:
150 g butter/majerin
150 g gula kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila esen
100 g tepung kek/ self raising flour - diayak
3 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu UHT
70 g badam / walnut - dicincang


Cara:
1. Bakar badam/walnut pada suhu 150 darjah Celcius selama 15 minit. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
3. Pukul/mixer butter dan gula hingga kembang. (untuk pastikan ia kembang atau tidak, adunan akan bertukar jadi warna seakan putih, dan bila telangkupkan, tidak akan jatuh selama 10 saat)
4. Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6. Masukkan susu.
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul agar adunan jadi sekata.
8. Masukkan serbuk koko dan kacau adunan bagi sekata.
9. Masukkan badam/walnut cincang yang telah dibakar dan gaul sebati adunan.
10. Griskan loyang pembakar dengan shortening/mentega. Masukkan adunan.
11. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius dalam masa 20 - 30 minit.

Untuk hiasan
Ambil sedikit coklat masakan dan cairkan guna kaedah double bowl. Semasa coklat cair, tambahkan sedikit shortening ke dalam dan kacau hingga shortening melarut dan jadi sebati dengan coklat.
Salut kek yang telah disejukkan dengan coklat cair. Hiaskan buah ceri diatas kek.



Jumaat, 3 Ogos 2012

Cream Puff

Krim Puff, sedap kan. Lama juga tak makan, dan bila Aha buat baru-baru ni bersama group, bawa balik tak sempat makan. Pertama sebab letih puasa & memasak dan tak lalu nak makan makanan yang dibuat. Kedua, sebab habis dimakan oleh adik Aha. 
Cream Puff ini ada 2 benda yng kena dibuat iaitu Pes-Choux dan Cream Custard. Agak penat juga bila buat  Cream Custard, sebab silap method (tidak kacau berterusan dan guna api yang kuat) dan terpaksa kami buat untuk kali kedua krim untuk puff.


Pes-Choux


Bahan: 
250 ml   air
100 g     majerin
1/2 tsp   esen vanila
200 g     tepung gandum - diayak
6 biji      telur


shortening/mentega
piping bag 


Kaedah:
1. Dengan menggunakan api yang kecil, masukkan majerin ke dalam periuk. 
2. Bila majerin mencair, masukkan air dan biar hingga didih. Pastikan kacau selalu dalam satu arah.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga jadi doh. Tutup api.
4. Letak doh dalam dulang selama 15 minit atau doh jadi sejuk.
5. Doh yang telah sejuk dimasukan ke dalam mixer.
6. Putar perlahan dan masukkan telur 1 per 1. Pastikan bila mengadun, pusing mixer dalam satu arah saja.
7. Masukkan esen vanila dan putar perlahan hingga adunan jadi sebati 
8. Apabila adunan nampak berkilat, berhenti. 
9. Sapukan shortening/mentega pada dulang pembakar.
10. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan ke bentuk yang disukai diatas dulang pembakar.
11. Bakar adunan dengan suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.


Cream Custard


Bahan:
500 ml   full cream milk/ susu penuh krim
120 g     gula kastor
1 biji      telur
1 biji      kuning telur
50 g       tepung kastard - diayak
1 tsp      vanila esen


Kaedah:
1. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan susu dan gula hingga didih. (A)
2. Masukan esen vanila. 
3. Dalam bekas yang lain, masukan telur, kuning telur dan tepung kastard dan kacau sebati. (bekas B)
4. Masukkan adunan bekas B ke dalam periuk A dan kacau sebati hingga jadi pekat dan bergetah.
5. Biarkan sejuk.
6. Masukkan adunan cream custard dalam piping bag.


7. Ambil pes-choux yang telah dimasak (menjadi seakan roti) dan tebuk lubang di bawah (kalau buat bentuk bulat) atau potong/belah dibahagian tepi memanjang (kalau pes-choux dibuat panjang)
8. Paipkan cream custard ke dalam pes-choux yang telah dipotong.
9. Hiaskan dan sedia untuk dihidangkan. 


Nota: Semasa membuat cream custard, pastikan adunan yang dimasak dikacau selalu tanpa henti dalam satu arah yang sama dan juga dengan kelajuan yang sama. (dari kaedah 1 hingga 4).
Api yang digunakan ketika memasak juga harus dipastikan mengguna api yang kecil.

   cream puff berbentuk swan


Eclair
(dipanggil e-clair kerana berbentuk panjang dan dicelup coklat pada bahagian atas)

Cornflake Madu Nestum

Selepas Ramadhan, Syawal bakal menjelma. Aha ada resipi biskut raya yang mudah disediakan tapi lazat. Ahaks!






Cornflake Madu Nestum dengan Kismis dan Ceri


Bahan:
250 g      butter
500 g      cornflakes
100 g      kismis
4-5 tbsp  gula kastor
8 tbsp     nestum
5 tbsp     madu/golden syrup                           
paper cup/cawan kertas
ceri untuk hiasan - dipotong kecil


nota: tbsp = table spoon / sudu biasa yang selalu digunakan dirumah
        tsp   = tea spoon / sudu teh/sudu kecil


Kaedah:
1. Butter dan gula dipukul sampai kembang.
2. Masukkan nestum dan gaul sebati. Alihkan mixer.
3. Masukkan cornflakes dan kismis. Dengan gunakan rubber spatula/senduk plastik, kacau adunan jadi sebati.
4. Masukkan madu dan gaul sekata.
5. Ambil paper cup, dan masukkan sedikit adunan ke dalam.
6. Hias dengan ceri.
7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau biskut jadi kuning keemasan.

Tart Keju

Berbuka puasa dengan cheese tart pun sedap juga kan. Lagipun mudah je. So Aha nak kongsi resipi, untuk inti. Untuk kulit tart, sila rujuk resipi Sugar Dought -  http://withaha.blogspot.com/2012/08/sugar-dought.html Ahaks!


Tart Keju

Bahan untuk inti keju:
100 g   mentega/butter
100 g   gula kastor
1 biji    telur
225 g   keju berkrim/philadophia
1 tsp    parutan kulit lemon


kulit tart/sugar dought


Kaedah:
1. Mentega dan gula kastor dipukul sampai kembang.
2. Masukkan telur. Guna kelajuan sederhana.
3. Masukkan keju philadophia dan pukul sampai kembang.
4. Masukkan parutan kulit lemon ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Masukkan adunan kedalam sugar dought @ kulit tart yang telah siap dimasak & disejukkan.
6. Kemudian, ambil bekas acuan tart atau cawn kertas dan masukkan tart yang telah siap diisi. Kemudian letak dalam dulang pembakar. 
7. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 20-30 minit.
8. Biarkan sejuk & hias ikut kreativiti anda.


Nota:
Jangan bakar tart dengan terus meletakkannya terus ke dalam dulang pembakar tanpa dilapikkan terlebih dahulu. Ini akan menjadikan tart keju anda hangit. Tujuan tart diletakkan pelapik adalah agar haba tidak disalurkan secara terus ke tart selain mahu jadikan tart anda masak sekata.

Sugar Dought

Salam semua, Aha nak kongsi sedikit beberapa resipi yang Aha dapat dalam pembelajaran Aha. 
Kali ini adalah resipi untuk sugar dought atau juga dikenali sebagai kerak tart. Jadi kalau kita nak buat apa-apa jenis tart seperti tart telur, tart chesee dll, kita perlu buat keraknya dahulu.


Sugar Dought

Bahan-bahan:
130 g    butter
170 g    icing sugar
1 biji     telur
1/2 tsp  vanila esen
500 g    tepung gandum
1/2 tsp  jus lemon


sedikit shortening
paper cake
kacang/beras


ps: tsp = tea spoon; camca teh (camca yang kecil)


Kaedah:
0. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius
1. Butter dan icing sugar dipukul sampai kembang. 
2. Masukkan telur dan pukul adunan dengan kelajuan sederhana.
3. Masukkan esen vanila. Tujuannya ialah untuk hilangkan bau hanyir telur.
4. Masukkan tepung gandum dan gaulkan adunan jadi sebati.
5. Masukkan jus lemon. Pastikan adunan doh jadi sebati. 
6. Sapukan shortening @ juga dikenali sebagai minyak sayuran pada acuan tart. Boleh digantikan juga dengan mentega.
7. Ambil sedikit adunan dan tekan pada acuan tart.
8. Pastikan ketebalan tart dalam 3-5 mm sahaja. Jangan buat terlalu tebal.
9. Cucuk bahagian tengah tart dengan garfu dan kemudian letakkan paper cake yang telah dipotong (mengikut saiz acuan tart) kedalam acuan tart untuk diisi dengan sedikit kacang/beras agar kerak tart tidak kembung bila dimasak.
10. Masak selama 15-20 minit dlm suhu 160 darjah celcius.
11. Bila masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. 
12. Buang beras/ kacang dan juga paper cake dalam tart yang telah dimasak.
13. Keluarkan kerak tart dari acuan tart.

Matlamat...

Salam semua... nampaknya lama juga untuk kali terakhir Aha update blog Aha ini. Dah masuk Ramadhan pun... Hmm, sejak buat keputusan untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminati, akhirnya Aha ambil keputusan untuk berhenti kerja dan belajar dalam bidang masakan & pramusaji di Giatmara dalam masa 6 bulan ini. TQ bebanyak kepada rakan online Aha yang juga Travianer, Sham kerana telah memberi intervansi   untuk Aha. Antara ayat yang buatkan Aha tidak boleh lupa adalah mengenai peluang dan masa. Benar kata beliau, dan membuat Aha teringat ayat dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu salah satunya adalah waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk. Jadi memandangkan Aha ada masa kelapangan, jadi tidak salah untuk Aha mengambil peluang yang ada ini. Lagipun sudah lama jua tidak berada dalam situasi pembelajaran sejak tamat belajar dahulu. 
Sesungguhnya masa belajar itu lebih menyeronokkan dan enjoy daripada masa kerja. Jadi untuk saudara saudari diluar sana yang masih terkial-kial dalam kehidupan, rancanglah kehidupan dan masa depan anda sebaiknya. Jangan jadi seorang yang hanya mengikut arus, yang ikut saja apa peluang yang ada didepan mata tanpa ada matlamat yang tetap. Tidak perlu contoh orang lain, hanya Aha sendiri, sejak dahulu dari bangku sekolah Aha tiada matlamat yang tetap dan hala tuju yang jelas, namun syukurlah pada-Nya kerana Aha masih diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan selepas tamat pembelajaran terus mendapat pekerjaan tidak seperti ada kalangan dalam rakan Aha yang masih tidak bekerja dan ada yang bekerja dengan pekerjaan dimana tidak memerlukan lulusan degree, hanya cukup sekadar lepasan SPM.
 Mereka yang berada dalam situasi tersebut kebanyakkanya Aha lihat akan mengalami tension & stress kerana sikap masyarakat terutamanya keluarga dan saudara yang ada juga seperti tidak mengerti dan cuba memahami situasi yang mereka alami. "Tsk, kalau setakat nak kerja jadi operator kilang/cashier/etc baik tak payah kau belajar tinggi sampai masuk U. Habiskan duit dan buang masa je. Baik terus dulu lepas SPM kau terus je kerja kilang tu..." antara ayat yang bagi Aha memang bisa buatkan kita makan hati berulamkan jantung. Untuk ibu bapa, saudara dan masyarakat diluar sana, cubalah mengerti mereka yang berada dalam situasi ini. Jangan salahkan mereka, jangan perlekehkan mereka. Bagi Aha mereka lebih baik daripada segelintir orang yang jadi penganggur, hanya duduk dirumah menantikan kerja yang sesuai dengan segulung dip/degree mereka. Lagipun jangan lupa, mereka ini masih tiada rezeki lain, hanya itu saja rezeki yang Allah mahu berikan setakat ini.
Untuk mereka yang masih muda, jangan masih dalam keadaan mimpi. Rancang dan tetapkan matlamat apa yang anda mahu jadi untuk 3, 5 dan 10 tahun dari sekarang dan lihat sama ada matlamat seiring tindakan atau tidak. Aha selalu katakan pada adik Aha, kalau mahu sambung belajar, kalau boleh sambunglah pelajaran dalam bidang yang bukan saja kita minati, tetapi juga dalam bidang yang ada kemahiran @ skill, bukan setakat teori saja. Kerana bagi Aha, dengan ada skill, walau tidak dapat mendapat kerja selepas tamat belajar, sekurangnya kita boleh mengusahakan sesuatu dengan skill yang telah kita perolehi. Kenapa tidak saja jadi usahawan? berniaga? Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga. 
Ahaks!

Ahad, 17 Jun 2012

Kek Marie Tiramitsu

Kali ni Aha nak kongsi resipi kek Marie Tiramitsu. Sebab adik suka bangat kek biskut ni banding kek lain. Lagipun mudah je nak buat, tak perlu nak bakau-bakau dalam oven. Ahaks!

Kek Marie Tiramitsu

Bahan-bahan:
300 gram biskut Marie (dipecah/dihancurkan)
250 gram butter
1 tin susu pekat
1/2 cawan air (boleh ganti susu segar)
2 camca besar serbuk koko (dilarutkan dgn sedikit air suam)
2 camca kecil serbuk kopi yang aroma/bau kuat (dilarutkan dgn sedikit air suam) 
sedikit serbuk nestum untuk hiasan

Cara Penyediaan:
1. Campurkan susu pekat, 1/2 cawan air, larutan koko dan larutan kopi dalam periuk dan gaul hingga sebati. (Aha guna 1 paket Arabica Cofee jenama Skash 25g yang bau smoothy untuk ganti serbuk kopi)
2. Masukkan butter.
3. Letakkan periuk atas dapur dan panaskan bancuhan dengan api yang kecil. 
4. Kacau tanpa henti hingga butter mencair dan bancuhan jadi pekat.
5. Masukkan biskur marie yang telah dipecahkan dan gaul hingga rata. Matikan api.
6. Tuang dalam loyang telah disapu butter keliling.
7. Untuk hiasan, taburkan nestum diatas permukaan kek.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 3-5 jam. Hidangkan.


kek yang baru 2 jam didalam peti ais (sepotong telah diambil adik yang tidak sabar) 

Kek Marie Tiramitsu 

Khamis, 14 Jun 2012

Ikan Masak Stim


Aha nak beri resipi ikan masak stim yang Aha masak semalam. Aha guna ikan merah sebab ikan jenis tu je yang ada dalam stok peti ais yang tak ada kegunaan kerana ikan curut (sardin) dan kayu yang rancang nak guna untuk buat laksa penang. Ahaks!

Ikan Masak Stim

Bahan A
1 ekor ikan siakap/merah/kerapu/jenahak@ jenis ikan yang disukai (saiz sederhana besar)
1/2 camca lada sulah
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
garam secukup rasa

Bahan B
3 batang serai (dipotong halus)
7 biji bawang putih (dipotong halus)
7 biji bawang merah (dipotong halus)
3 cm halia (dipotong halus)
20 biji cili padi (dipotong halus)
1 keping daun limau purut (dipotong halus)
2 biji tomato (dibelah 4)
1/2 inci lengkuas
1 labu bawang besar (dipotong nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong nipis)
sedikit cendawan (kalau suka, boleh letak banyak)
sedikit bunga kobis
1 kuntum bunga kantan saiz kecil (dipotong halus)

Bahan C
5 biji limau nipis 
1 batang daun sup (dipotong)

Cara-cara:
1. Cuci ikan dengan bersih.
2. Bahan A digaul dan diperap bersama ikan selama 15 minit.
3. Ambil ikan yang telah diperap dan letakkan kedalam tempat pengukus. Masukkan Bahan B secara sekata didalam tempat pengukus.
4. Kukus selama 20 minit.
5. Perahkan limau nipis keatas ikan stim. Taburkan juga daun sup yang telah dipotong. Sedia dihidangkan.


Tips: untuk yang tidak mahu membazir,air bekas stim ikan boleh dijadikan kuah, cuma rasanya yang tawar. Jadi untuk atasi masalah, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.





Rabu, 13 Jun 2012

Daging Masak Hitam Manis

Ari ni Aha tak keja, sebab tak sihat mungkin disebabkan cuaca yang panas membahang kot huhu.Tapi kan dalam musim camni, dalam keadaan panas ini Aha suka juga, bukan apa cuma sebab antara tanda-tanda Ramadhan makin menghampiri. Em, so bila dah tak bape sihat ni, nak baring je pun tak bape selesa sebab hidung tersumbat. So gi jenguk dapur nak masak kat family cuz tetiba semangat nak masak datang pula kat diri ini. Hehe. Menu hari ini nasi putih, Daging Masak Hitam Manis, dan Ikan Masak Stim.

Daging Masak Hitam Manis


Bahan-bahan:
500 gram daging lembu
Bahan kisar: 15 tangkai cili kering + 1 biji bawang besar+ 2cm halia (dikisar halus) kalau malas nak kisar @ guna cili kering, guna saja cili giling @ cili boh 

5 biji bawang merah (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (dipotong halus)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 cm lengkuas (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan puteh
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula 
2 sudu besar asam jawa (ambil airnya- sedikit sahaja & pekat)
garam secukup rasa
7 helai daun kari
daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Basuh daging dan rebus hingga empuk. Petua orang tua2, masukkan sehelai daun nangka kedalam rebusan daging untuk mudah empuk?? 
Dan klau mereka yang suka herbs cam aha, boleh masukkan sekali dalam rebusan tu 1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 4 biji bunga lawang, 1 biji bunga cengkih, 2 biji buah pelaga


2. Potong daging yang telah empuk menjadi kecil (ikut kesukaan masing-masing)
3. Panaskan minyak didalam kuali dan  goreng bawang hingga wangi. Masukan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. 
4. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan puteh, serbuk ketumbar dan lengkuas dan kacau sebati.
5. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.
6. Masukkan kicap pekat dan kacau. 
7. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga kuah jadi pekat.
8. Masukkan daun kari dan hirisan bawang besar dan kacau. Tutup api dan hiaskan dengan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.


Tips: Untuk mereka yang sukakan pedas, boleh tambahkan cili padi dalam masakan.


Ketika Allah Rindu Pada Hamba-Nya ♥



Dalam membelek FB, ternampak post daripada teman berkenaan ujian dari Allah. Cam best jer post ni, so Aha ambil dan kongsi kat cni untuk teman-teman lain jua. 


Hidup ini tidak semuanya indah, dan tidak hanya perkara dan peristiwa yang gembira saja yang berlaku dalam kehidupan ini. Kekadang duka datang tanpa dipinta, sedih datang menyapa, dan air mata kekadang masih jua menitis menemani diri bila ujian mendatang. Jadi, jangan terlalu mengeluh dan menyalahkan Tuhan tidak adil bila ditimpa kepayahan. Kerana kemungkinan Allah rindu pada kita yang kerap kali alpa dan lupa pada-Nya kerana sibuk dengan kehidupan yang dilalui. Jadi diturunkan ujian agar kita kembali mengingati-Nya agar kita tidak terus sesat dan dekat dengan jalan-Nya. Dan kemudian Allah mengembirakan hamba-hamba-Nya yang bersedih dan sedang diuji dengan berkata: "Sesungguhnya sesudah kepayahan itu akan adanya kemudahan" (surah Al-Insyirah ayat 5 & 6) Pasti ada hikmah-Nya dari ujian yang diturunkan pada kita kerana Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia kecuali ada manfaat dan kebaikannya. Cuma terserah pada kita manusia sama ada sedar atau tidak mengenainya... Ahaks!

Selasa, 12 Jun 2012

Citer

Aq suka sangat membaca & mendengar cerita terutama kisah-kisah berdasarkan pengalaman seseorang. Memang yang terbaik bila ada peluang, cuz untuk orang yang seperti aq yang kehidupan boleh kata asyik dalam tempo yang sama jer, & tak bape menarik sangat rasanya huhu. So bila je ada orang yang sudi kongsikan pengalaman mereka, memang aq sangat hargai & happy, cuz bg aq, ini salah satu cara untuk timba pengalaman gak (walau tak alami sendiri). Macam Yuna kata, setiap gambar ada lagu; dan bagi aq pula, setiap cerita ada nilai teladannya yang tersendiri & maybe berbeza untuk tiap orang. Jadi untuk mereka yang sudi berkongsi kisah & pengalaman masing-masing kepada aq, jutaan terima kasih diucapkan. Sekarang aq just enjoy ikuti pengalaman kawan travianer aq, Z tentang pengalamannya yang boleh aq katakan memang pusing 270 darjah dari dunia aq. 
ps: Teringat kisah lalu sanggup sengkang mata didepan skype semata-mata untuk dengar teman-teman berkongsi citer di room BA (Burung Antu) bersama team BA disamping tengok kampung & tunggu misi. Ahaks!