"Selamat Datang"
Siapalah kita kalau bukan kerana-Nya, hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jadi tak kira apa yang kita buat, lakukan dengan gembira. Just enjoy urself.
Tidak terlambat untuk kita lakukan sesuatu, terutama ada dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Jadi lakukanlah dengan hati yang berbunga dan bersemangat! ;)
Rabu, 13 Jun 2012
Ketika Allah Rindu Pada Hamba-Nya ♥
Dalam membelek FB, ternampak post daripada teman berkenaan ujian dari Allah. Cam best jer post ni, so Aha ambil dan kongsi kat cni untuk teman-teman lain jua.
Hidup ini tidak semuanya indah, dan tidak hanya perkara dan peristiwa yang gembira saja yang berlaku dalam kehidupan ini. Kekadang duka datang tanpa dipinta, sedih datang menyapa, dan air mata kekadang masih jua menitis menemani diri bila ujian mendatang. Jadi, jangan terlalu mengeluh dan menyalahkan Tuhan tidak adil bila ditimpa kepayahan. Kerana kemungkinan Allah rindu pada kita yang kerap kali alpa dan lupa pada-Nya kerana sibuk dengan kehidupan yang dilalui. Jadi diturunkan ujian agar kita kembali mengingati-Nya agar kita tidak terus sesat dan dekat dengan jalan-Nya. Dan kemudian Allah mengembirakan hamba-hamba-Nya yang bersedih dan sedang diuji dengan berkata: "Sesungguhnya sesudah kepayahan itu akan adanya kemudahan" (surah Al-Insyirah ayat 5 & 6) Pasti ada hikmah-Nya dari ujian yang diturunkan pada kita kerana Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia kecuali ada manfaat dan kebaikannya. Cuma terserah pada kita manusia sama ada sedar atau tidak mengenainya... Ahaks!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan