"Selamat Datang"
Siapalah kita kalau bukan kerana-Nya, hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jadi tak kira apa yang kita buat, lakukan dengan gembira. Just enjoy urself.
Tidak terlambat untuk kita lakukan sesuatu, terutama ada dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Jadi lakukanlah dengan hati yang berbunga dan bersemangat! ;)
Sabtu, 17 November 2012
Cream of Mushroom Soup
Cream of mushroom soup
2 bj bawang besar - potong halus
1 btg carrot - potong kecil/dadu
1 btg celery - buang lapisan kulit - dipotong kecil
1 btg leek - dipotong kecil/halus
3 tbsp butter
200 g cendawan (cendawan butang, tiram, shiitake etc, boleh gunakan pelbagai jenis cendawan untuk masak mushroom soup) - potong nipis
stok ayam / air
2 tbsp tepung gandum
chicken stock powder
2 helai bay leave
1/4 tsp oregano
1/4 tsp thyme
1-2 senduk cooking cream
lada sulah
1. Panaskan periuk. Dengan gunakan api sederhana, masukkan butter dan biarkan cair.
2. Masukkan bawang besar, leek dan celery. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cendawan dan tumis sampai cendawan jadi lembut dan keluar jus.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Kalau terlupa masukkan pada step ini, gunakan roux pada step ke 6.
5. Masukkan chicken stok (air rebusan ayam). Kacau sebati agar tidak berketul. Kalau tiada air rebusan ayam @ chicken stok, boleh gantikan dengan air biasa. (langkah boleh lihat di cream of carrot soup)
6.Masukkan bay leave, oregano dan thyme.
7. Masak hingga semua bahan jadi lembut. Tutp api dan biarkan sejuk sebentar.
8. Masukkan dalam blender/pengisar. Buang daun bay sebelum dikisar halus. Blender hingga semua bahan pepejal jadi hancur.
9. Bila selesai diblender, Masukkan kembali dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
10. Masukkan cooking cream dan kacau sebati.
11. Masukkan stok ayam @ chicken stock powder kalau rasa soup tidak power. Kalau gunakan chicken stock powder, pastikan berhati-hati bila menggunakan garam kerana chicken stock powder sudah mempunyai rasa masin.
12. Masukkan lada sulah (ikut rasa)
13.Sesuaikan rasa. Kalau rasa kurang lemak, boleh masukkan lagi cream.
14. Kalau soup terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam (stok ayam) atau boleh juga guna air biasa.Tapi pastikan sesuaikan rasa agar idak terlalu tawar atau masin.
15. Masukkan dalam mangkuk dan hiaskan dengan cooking/whipping cream dan Bread crouton
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan