Bes Pizza buatan sendiri
150 g tepung serbaguna/tepung roti
3 g yis segera
5 g gula icing - diayak
2g garam
85 ml air
5 g mentega tanpa garam
*minyak (zaitun/kelapa/etc, plastik wrap
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali mentega dalam bowl dan dengan gunakan tangan untuk uli hingga jadi doh.
2. Ambil doh tersebut dan letakkan atas lantai marble yang bersih.
3. Dengan guna hujung telapak tangan, ambil mentega dan letak bersama adunan. Tekan dan uli doh berulang kali hingga doh jadi sebati & sekata (dalam 10 - 15 minit) yang nampak adunan jadi cantik dan tidak berketul.
4. Ambil sedikit minyak dan sapu pada doh yang telah dibentuk bulat.
5. Bungkus dengan plastik wrap dan tutup dengan kain lembab selama 45 minit. Adunan akan membesar 2x ganda pada tahap ini.
6. Adunan yang telah telah naik/kembang kemudian diuli balik untuk membuang angin.
7. Potong doh kepada dua dan kemudian bentuk doh jadi bebola. (Aha potong kepada 3 kerana oven rumah Aha kecil)
8. Masukkan dalam plastik & tutup dengan kain lembab selama 10 minit untuk bagi doh kembang.
9. Ambil doh dan gelek jadi leper (panjang dalam 24 cm - untuk 2 adunan) (untuk ketuhar/oven kecil, agak saiz yang anda rasa oven ada boleh muat)
10. Tekan permukaan adunan doh yang leper dengan jari.
11. Griskan loyang & letak dalam loyang. Biarkan selama 10 minit sebelum masukkan intinya..
Sebenarnya untuk toping pizza, boleh masukkan apa sahaja benda yang anda sukai. Contohnya sosej, daging ayam/daging kisar, cendawan butang, nenas, mix vege, isi ketam, udang dan lain-lain lagi. Jadi Aha akan beri benda asas sahaja untuk toping dan benda lain kalian boleh masukkan sendiri ikut kesukaan.
Toping Pizza Sos Tomato
untuk seasoning pizza:
4 g garam
4 g lada hitam
25 g herba pasli
*1 tsp serbuk perisa pizza/pizza seasoning whole jenama Singlong - Aha gantikan seasoning segera pizza
120 g keju mozarella - Aha beli jenama Italiano
400 g daging/ayam kisar
sedikit pati tomato / tomato puree
nenas - dipotong kiub
sosej - dipotong
cendawan butang - dipotong nipis
0. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
1. Sapu pati tomato atas adunan doh yang telah direhatkan dalam loyang. Biarkan rata atas doh.
2. Gaulkan daging/ayam kisar, sosej dengan serbuk perisa pizza dalam mangkuk jadi sebati.
3. Ambil adunan dalam mangkuk dan letakkan atas doh pizza yang telah dilapisi pati tomato. Sapu rata.
4. Susunkan nenas, cendawan dan apa saja inti kesukaan anda atas doh pizza.
5. Akhir sekali, sagat keju mozarella dan letakkan atas inti pizza.
6. Bakar pizza pada suhu 190 darjah celcius dalam masa 20-25 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan