"Selamat Datang"

Siapalah kita kalau bukan kerana-Nya, hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jadi tak kira apa yang kita buat, lakukan dengan gembira. Just enjoy urself.
Tidak terlambat untuk kita lakukan sesuatu, terutama ada dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Jadi lakukanlah dengan hati yang berbunga dan bersemangat! ;)

Rabu, 13 Jun 2012

Daging Masak Hitam Manis

Ari ni Aha tak keja, sebab tak sihat mungkin disebabkan cuaca yang panas membahang kot huhu.Tapi kan dalam musim camni, dalam keadaan panas ini Aha suka juga, bukan apa cuma sebab antara tanda-tanda Ramadhan makin menghampiri. Em, so bila dah tak bape sihat ni, nak baring je pun tak bape selesa sebab hidung tersumbat. So gi jenguk dapur nak masak kat family cuz tetiba semangat nak masak datang pula kat diri ini. Hehe. Menu hari ini nasi putih, Daging Masak Hitam Manis, dan Ikan Masak Stim.

Daging Masak Hitam Manis


Bahan-bahan:
500 gram daging lembu
Bahan kisar: 15 tangkai cili kering + 1 biji bawang besar+ 2cm halia (dikisar halus) kalau malas nak kisar @ guna cili kering, guna saja cili giling @ cili boh 

5 biji bawang merah (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (dipotong halus)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 cm lengkuas (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan puteh
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula 
2 sudu besar asam jawa (ambil airnya- sedikit sahaja & pekat)
garam secukup rasa
7 helai daun kari
daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Basuh daging dan rebus hingga empuk. Petua orang tua2, masukkan sehelai daun nangka kedalam rebusan daging untuk mudah empuk?? 
Dan klau mereka yang suka herbs cam aha, boleh masukkan sekali dalam rebusan tu 1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 4 biji bunga lawang, 1 biji bunga cengkih, 2 biji buah pelaga


2. Potong daging yang telah empuk menjadi kecil (ikut kesukaan masing-masing)
3. Panaskan minyak didalam kuali dan  goreng bawang hingga wangi. Masukan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. 
4. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan puteh, serbuk ketumbar dan lengkuas dan kacau sebati.
5. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.
6. Masukkan kicap pekat dan kacau. 
7. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga kuah jadi pekat.
8. Masukkan daun kari dan hirisan bawang besar dan kacau. Tutup api dan hiaskan dengan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.


Tips: Untuk mereka yang sukakan pedas, boleh tambahkan cili padi dalam masakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan