Berbuka puasa dengan cheese tart pun sedap juga kan. Lagipun mudah je. So Aha nak kongsi resipi, untuk inti. Untuk kulit tart, sila rujuk resipi Sugar Dought - http://withaha.blogspot.com/2012/08/sugar-dought.html Ahaks!
Tart Keju
Bahan untuk inti keju:
100 g mentega/butter
100 g gula kastor
1 biji telur
225 g keju berkrim/philadophia
1 tsp parutan kulit lemon
kulit tart/sugar dought
Kaedah:
1. Mentega dan gula kastor dipukul sampai kembang.
2. Masukkan telur. Guna kelajuan sederhana.
3. Masukkan keju philadophia dan pukul sampai kembang.
4. Masukkan parutan kulit lemon ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Masukkan adunan kedalam sugar dought @ kulit tart yang telah siap dimasak & disejukkan.
6. Kemudian, ambil bekas acuan tart atau cawn kertas dan masukkan tart yang telah siap diisi. Kemudian letak dalam dulang pembakar.
7. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 20-30 minit.
8. Biarkan sejuk & hias ikut kreativiti anda.
Nota:
Jangan bakar tart dengan terus meletakkannya terus ke dalam dulang pembakar tanpa dilapikkan terlebih dahulu. Ini akan menjadikan tart keju anda hangit. Tujuan tart diletakkan pelapik adalah agar haba tidak disalurkan secara terus ke tart selain mahu jadikan tart anda masak sekata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan