"Selamat Datang"

Siapalah kita kalau bukan kerana-Nya, hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jadi tak kira apa yang kita buat, lakukan dengan gembira. Just enjoy urself.
Tidak terlambat untuk kita lakukan sesuatu, terutama ada dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Jadi lakukanlah dengan hati yang berbunga dan bersemangat! ;)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Matlamat...

Salam semua... nampaknya lama juga untuk kali terakhir Aha update blog Aha ini. Dah masuk Ramadhan pun... Hmm, sejak buat keputusan untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminati, akhirnya Aha ambil keputusan untuk berhenti kerja dan belajar dalam bidang masakan & pramusaji di Giatmara dalam masa 6 bulan ini. TQ bebanyak kepada rakan online Aha yang juga Travianer, Sham kerana telah memberi intervansi   untuk Aha. Antara ayat yang buatkan Aha tidak boleh lupa adalah mengenai peluang dan masa. Benar kata beliau, dan membuat Aha teringat ayat dalam 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu salah satunya adalah waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk. Jadi memandangkan Aha ada masa kelapangan, jadi tidak salah untuk Aha mengambil peluang yang ada ini. Lagipun sudah lama jua tidak berada dalam situasi pembelajaran sejak tamat belajar dahulu. 
Sesungguhnya masa belajar itu lebih menyeronokkan dan enjoy daripada masa kerja. Jadi untuk saudara saudari diluar sana yang masih terkial-kial dalam kehidupan, rancanglah kehidupan dan masa depan anda sebaiknya. Jangan jadi seorang yang hanya mengikut arus, yang ikut saja apa peluang yang ada didepan mata tanpa ada matlamat yang tetap. Tidak perlu contoh orang lain, hanya Aha sendiri, sejak dahulu dari bangku sekolah Aha tiada matlamat yang tetap dan hala tuju yang jelas, namun syukurlah pada-Nya kerana Aha masih diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan selepas tamat pembelajaran terus mendapat pekerjaan tidak seperti ada kalangan dalam rakan Aha yang masih tidak bekerja dan ada yang bekerja dengan pekerjaan dimana tidak memerlukan lulusan degree, hanya cukup sekadar lepasan SPM.
 Mereka yang berada dalam situasi tersebut kebanyakkanya Aha lihat akan mengalami tension & stress kerana sikap masyarakat terutamanya keluarga dan saudara yang ada juga seperti tidak mengerti dan cuba memahami situasi yang mereka alami. "Tsk, kalau setakat nak kerja jadi operator kilang/cashier/etc baik tak payah kau belajar tinggi sampai masuk U. Habiskan duit dan buang masa je. Baik terus dulu lepas SPM kau terus je kerja kilang tu..." antara ayat yang bagi Aha memang bisa buatkan kita makan hati berulamkan jantung. Untuk ibu bapa, saudara dan masyarakat diluar sana, cubalah mengerti mereka yang berada dalam situasi ini. Jangan salahkan mereka, jangan perlekehkan mereka. Bagi Aha mereka lebih baik daripada segelintir orang yang jadi penganggur, hanya duduk dirumah menantikan kerja yang sesuai dengan segulung dip/degree mereka. Lagipun jangan lupa, mereka ini masih tiada rezeki lain, hanya itu saja rezeki yang Allah mahu berikan setakat ini.
Untuk mereka yang masih muda, jangan masih dalam keadaan mimpi. Rancang dan tetapkan matlamat apa yang anda mahu jadi untuk 3, 5 dan 10 tahun dari sekarang dan lihat sama ada matlamat seiring tindakan atau tidak. Aha selalu katakan pada adik Aha, kalau mahu sambung belajar, kalau boleh sambunglah pelajaran dalam bidang yang bukan saja kita minati, tetapi juga dalam bidang yang ada kemahiran @ skill, bukan setakat teori saja. Kerana bagi Aha, dengan ada skill, walau tidak dapat mendapat kerja selepas tamat belajar, sekurangnya kita boleh mengusahakan sesuatu dengan skill yang telah kita perolehi. Kenapa tidak saja jadi usahawan? berniaga? Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga. 
Ahaks!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan