Kali ini Aha nak kongsi resipi kek Brownies, yang Aha ubah sedikit dari resipi asal hehe. Sekarang Aha lebih suka buat kek ini berbanding dengan kek butter sebab bagi Aha lebih menjimatkan kerana barang untuk buat sebiji kek butter boleh dapat 2 biji kek brownies. Lagipun kacang almond yang Aha beli untuk buat Almond London ada banyak lebih, dan barang2 lain untuk buat kuih raya pun banyak juga yang lebihnya untuk buat beberpa biji kek lagi. Kek ini sekarang kek kegemaran adik Aha dan juga kek yang cepat habis sebab adik-adik Aha suka makan panas-panas bila baru keluar dari oven, katanya lagi sedap dan wangi... Jadi bila adik kata begitu, so Aha pun hmmm huhu. Ahaks!
Bahan:
150 g butter/majerin
150 g gula kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila esen
100 g tepung kek/ self raising flour - diayak
3 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu UHT
70 g badam / walnut - dicincang
Cara:
1. Bakar badam/walnut pada suhu 150 darjah Celcius selama 15 minit. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
3. Pukul/mixer butter dan gula hingga kembang. (untuk pastikan ia kembang atau tidak, adunan akan bertukar jadi warna seakan putih, dan bila telangkupkan, tidak akan jatuh selama 10 saat)
4. Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6. Masukkan susu.
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul agar adunan jadi sekata.
8. Masukkan serbuk koko dan kacau adunan bagi sekata.
9. Masukkan badam/walnut cincang yang telah dibakar dan gaul sebati adunan.
10. Griskan loyang pembakar dengan shortening/mentega. Masukkan adunan.
11. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius dalam masa 20 - 30 minit.
Untuk hiasan
Ambil sedikit coklat masakan dan cairkan guna kaedah double bowl. Semasa coklat cair, tambahkan sedikit shortening ke dalam dan kacau hingga shortening melarut dan jadi sebati dengan coklat.
Salut kek yang telah disejukkan dengan coklat cair. Hiaskan buah ceri diatas kek.